About Me

My photo
hye my name is NUR HUSNA BINTI AZHAR..i like to smile.. i'll alwez smiling although i'm hurt,,.i may hurt people too.. watchup! haha..i'll love peoples who love me..dont worry i do love my anemy too..cool yeah..dont judge books by its cover..judge it by it contents..soo..do not judge me before u had know me.i'm funny.. peoples said that..haha..that's all..

Friday 19 October 2012

Pengalaman Mencabut Gigi Geraham Bongsu (wisdom tooth)

Assalamualaikum..

Hari ini 19 haribulan October 2012 iaitu merupakan hari ke-2 selepas pembedahan wisdom tooth aku, Ape itu ''wisdom tooth'' wisdom tooth merupakan pertumbuhan gigi yang terakhir yang tumbuh secara menyenget yang akan menyebabkan kesakitan, gigi ni selalunya tumbuh sekitar umur kita 18-30 tahun, alahh yang kat hujung tu kan. gigi yang tumbuhnya dalam keadaan normal akan tumbuh straight but yang tak normal akan jadi mcm gigi aku ni, tumbuh senget

nampak tak yang senget tu macam tu la gigi yang  dikatakan wisdom tooth


so, supaya gigi ni tak semakin teruk doktor nasihatkan aku untuk buang wisdom tooth tu, semangat dari ibu dan ayah aku bersetuju untuk menjalankan surgery tu sbb taknak sakit dah lepas ni.

aku dah buat appointment pada hari yang sama pada pukul 6.30pm, tapi doktor kata buat lepas maghrib la senang sikit sbb maghrib masuk awal kan. okay so dalam pukul 8pm aku dah berada dlm bilik doktor btw aku buat surgery ni dekat klinik pergigian sharina, seksyen 9 shah alam yang memakan cost sebanyak rm700 dan sepatotnya memakan masa selama 1 jam sahaja, tetapi di atas sbb2 tertentu ia telah menjadi 2 jam untuk my surgery.


sebelom surgery bukan main, main2 lagi ,,tunggu la lepas surgery jap lagi..haha


yang tangkap gamba semua tu, adik aku yang tangkap, ibu takot darah so ibu taknak temankan, mula2 sekali doktor tanya, ade ape2 nak tanye tak? aku tanye doktor sakit tak, so doktor kate gigi ni dalam die ade saraf kalau nak tarik nanti mungkin saraf tu akan buat kita rasa sakit, kalau sakit doktor suruh bgtau sebab die bole tambah bius. Bius untuk first round aku kena sebanyak 4 bius, dan separuh daripada bahagian mulut aku rasa kebas termasuk la separuh lidah sebelah kanan.

1st - aku nampak doktor tu mcm ambil pisau yang di fahamkan untuk mengoyakkan bahagian kulit gusi and rahang aku, waktu tu aku just rasa nyilu2 je, tak sakit maybe sbb dah bius, yang aku tau ade banyak darah mercit.

2nd - aku rasa macam gigi aku dicungkil cungkil di ketuk, waktu tu dah rasa sakit, tapi aku diam lagi sbb tak sakit sangat. so biarkan je,,tahan jela,

3rd - aku ade dengar bunyi macam blander kat dapur tu, aku rasa takot sangat, rupanya mesin tu di gunakan untuk belah gigi aku kepada 2 bahagian, aku denga nurse tu tanye doktor yang bulat ke yang tajam, doktor kate yang bulat, then doktor tu letakkan mesin tu kat gigi aku, aku dah rasa nyilu and sakit aku macam nak jerit, aku cakap sakit sakit, doktor stop and tambah ubat bius. doktor teruskan then aku tak tau kenapa aku rasa sakit lagi, aku dah tak tahan air mata aku dah mengalir, doktor stop lagi and tambah 2 lagi injection bius, part ni paling menyakitkan bg aku, aku rasa ade org pegang kaki aku, rupanya adik aku yang pegang, aku dengar doktor kata payah ni, then doktor mintak kat nurse tu untuk tukar machine yang untuk speed, aku rasa yang ni paling sakit, aku ade bau macam org potong besi tu,aku dah tak tahan aku angkat kaki aku and badan aku dah stressful then doktor suruh relax sbb nanti aku akan bg pressure kat gigi and susah gigi tu nak klua nanti.. air mata aku tak berhenti menangis, doktor kate gigi aku dah cut into 2, sekarang tinggal nak tarik, soo waktu ni la yang doktor kata akan sakit sbb doktor nak tarik gigi tu dari saraf, aku genggam tangan kuat2, separuh yang pertama doktor ketuk2 sakit sangat, aku nagis dah sedu2 dah, doktor ketuk2 and tarik tu la yang paling sakit nurse terpaksa pegang kepala aku sbb aku rasa urat telinga aku nak putus dah and Alhamdulillah kluar jugak, sekarang turn yang gigi lagi half nak klua, part ni kaki aku dah tak leh duduk diam, aku jerit sbb sakit, aku ckp kat doktor sakit...., doktor bg ubat bius lagi satu, bayangkan berapa banyak ubat bius aku dah kena, and dalam hati aku, aku ingat Allah je waktu tu sakit die Subhanallah nak pengsan, terimbas segala dosa2 lepas and doktor tarik2 Alhamdulillah semua gigi aku dah klua.doktor kata besar gigi tu tak disangka akan sebesar tu.

yang warna merah tula gigi aku, tapi tu baru separuh ( adik aku tak tangkap gamba full sbb  pegang kaki aku, sweetnya)


4th - doktor kate jangan risau dah  gigi dah klua tinggal nak jahit je, aku tutup mata aku sambil tu doktor jahit, lemah sgt waktu tu, pastu nurse tu bersihkan muka aku, sbb banyak sangat darah mercit-mercit, 3 jahitan aku dapat, waktu tu aku tau aku nak klua nak peluk ibu sbb nak nangis, betol2 klua bilik doktor aku nangis sampai sedu2, ibu tanye kenapa nangis sakit lagi ke, aku kata kat ibu, tak ni air mata yg dari tadi tahan, so sekarang nak lepaskan lah,memang non stop aku nangis sampai rumah nangis lagi,.

sorry muka nangis pelik sikit, sbb dah bengkak


papepon thanks doctor walaupon sakit, tapi InsyaAllah lepas ni dah tak sakit dah.

ubat yang di bekalkan
-kapas
-ubat tahan sakit (aku beli sendiri sbb tak semua ubat tahan sakit aku boleh makan)
-antibiotik (2 jenis)

just nak berkongsi mana tahu dapat membantu sesiapa

Perkara yang perlu diambil tahu setelah mencabut gigi

'Untuk mempercepatkan proses penyembuhan:'
  • Cuba berehat sepanjang hari dan tidak melakukan kerja-kerja berat.
  • Elakkan merokok. Seelok-eloknya selama proses penyembuhan (3-4 hari), minimum selama 24 jam selepas prosedur.
  • Elakkan berkumur atau menggosok gigi selama 24 jam selepas prosedur
  • Selepas 24 jam, kebersihan dapat dijaga dengan berkumur air suam bergaram (1 sudu teh garam untuk 1 gelas air) minimum 4 kali sehari. Berkumurlah dengan hati-hati kerana tekanan boleh menyebabkan lubang bekas operasi terbuka lagi dan terjadi pendarahan.
  • Selepas 24 jam, menggosok gigi boleh dilakukan dengan hati-hati, terutama di bilik pembedahan.
  • Bila diberi ubat penahan sakit dan antibiotik, minumlah mengikut arahan doktor. Antibiotik harus dihabiskan walaupun gigi sudah tidak terasa sakit. Sebaliknya, ubat penahan sakit boleh dihentikan bila sakit mulai reda.
  • Makan dan minumlah seperti biasa. Hindari berdiet, kerana makan dan minum yang cukup sangat penting untuk proses penyembuhan.
  • Hindari minum menggunakan sedutan kerana tekanannya boleh melepaskan gumpalan darah pada lubang pembedahan.
  • Elakkan minuman berkarbonat kerana buihnya dikatakan dapat melepaskan gumpalan darah pada lubang pembedahan. Minuman jus buah terutama yang masam sangat disarankan.
  • Suplemen tambahan vitamin C digalakkan.
  • Untuk menghindari bengkak, selepas pembedahan rahang sebaiknya dituam dengan ais atau air sejuk. Tampalkan pelekat dingin selama 15 minit, diselangi 10 minit tanpa pelekat, diulang sehingga waktu rehat malam.
  • Pada hari-hari setelah hari pembedahan, rahang dapat dituam[1] dengan pelekat hangat, untuk menstimulasi peredaran darah di kawasan gigi bongsu yang boleh mempercepatkan penyembuhan.
Selain hal-hal di atas, bius yang dilakukan sebelum pembedahan juga dapat mempengaruhi kemampuan fizikal dan mekanikal. Jangan memandu, melakukan pekerjaan yang memerlukan daya tumpuan yang tinggi tinggi, atau menandatangani dokumen penting pada hari yang sama. Bila menggunakan bius penuh, disarankan ada orang yang menemani sepanjang satu hari tersebut (sebelum bius hilang kesan).

harini aku rasa okay sikit sbb sakit dah takde, cuma bengkak la and rasa pelik dalam gigi sbb rasa benang..

okayla...itu sahaja pengalaman saya ..tata,,thanks sbb bace =) jagalah gigi anda.






1 comment:

  1. Macam seram jer cerita ni...td bc blog lain mcm kool je oengalan derang...err..takut plak...sakit gg niii..

    ReplyDelete